Tuesday, 19 January 2016

CERIA ALL STAR (JUNIOR) - 18/10/2015


Assalamu'alaikum....

Mesti semua masih ingat kan??? penglibatan anak2 kami dalam Ceria All Star... satu langkah terbaik buat anak2 kami....

Sejujurnya kami tidak tahu menahu berkaitan ujibakat ni.... setelah Cuya (yg merupakan ketua dalam Havoc Junior) meminta izin utk menyertai ujibakat ini, kami berfikir berulangkali kerana terdapat masalah dari segi masa yg terhad, penempatan dan pengangkutan.... tp atas kesungguhan mereka, kami tekadkan dan bulatkan hati utk menyahut semangat mereka...

Dua lagu telah dipilih utk dipersembahkan... satu, lagu Pinky dan satu lagi adalah lagu Pump It.... latihan dilakukan hari demi hari memandangkan jangka masa adalah sangat2 terhad.... Di atas bimbingan Cikgu Ali dan Ayie serta beberapa ahli yg lain, Alhamdulillah.... disebabkan minat dan semangat yg membara dalam hati mereka, mereka dapat lakukan dgn begitu mudah... syukur sgt2 kerana mereka menepati setiap langkah yg di ajar....

Dengan simpanan kami yg ader, kami sewakan sebuah apartment utk kami bermalam dan membelanjakan makan minum mereka sepanjang ujibakat ini berlangsung.... anak2 kami ini perlu bangun seawal 4 pagi utk mandi, sarapan, make up dan lain-lain... kami perlu ader di tempat ujibakat iaitu Jaya Jusco (Aeon) AU2 seawal jam 8 pagi.... dan semua yg dirancang berjalan dengan baik....

Walaupun terlihat wajah2 penat di muka mereka tp kesungguhan mereka meyakinkan kami bahawa anak2 ini sgt2 berminat utk menyertai ujibakat ini.... dan kami sbg penyokong setia mereka akan sentiasa ada utk memberikan semangat dan bimbingan pada mereka2 ini....

Tipulah kata yg mereka ni x buat 'perangai'.... hu3... ader la yg bad mood, bergaduh sesama mereka... tp biasa la biler dah berkumpul ramai2, keseronokan nyer lain mcm skit.... ader gak yg kena tegur, kena marah.... dan percayalah, kami tegur dan marah kerana kami sayang dan kamu2 semua dah macam anak2 kami.... nakal2 skit tu biasa la kan.... he3...

Setelah semua persiapan selesai, briefing kecil diadakan buat anak2 ini... kata2 semangat x pernah putus2 dari kami... doa dibacakan sbg pembuka langkah kami... selepas itu, kami bertolak awal pagi menuju ke tempat ujibakat tersebut.... kami lah antara yg terawal yg datang kerana yg pasti kaunter masih belum dibuka saat itu... lihat la betapa bersemangat nyer kami.... hu3

Setelah urusan pendaftaran dibuat, anak2 kami merupakan antara kumpulan terawal yg perlu diujibakat. Juri pada hari tersebut adalah Dato Aznil Hj Nawawi dan juga Rozita Che Wan. Alhamdulillah, anak2 kami melepasi saringan.... tak tergambar rasa gembiranya kami kerana dalam beratus2 peserta yg mengambil bahagian, anak2 kami antara yg di'shortlist' antara yg terbaik..... cuma perlu menunggu keputusan besar dari pihak Astro....

Kami sempat ditemuramah oleh pihak Astro berkaitan anak2 kami ini.... penglibatan mereka dan juga asal-usul tertubuhnya kumpulan senamtari ini.... sejujurnya masa diumumkan bahawa mereka melepasi saringan, masing2 menangis kegembiraan kerana kami memang x sangka bahawa persembahan anak2 kami ini meyakinkan Dato Aznil Hj Nawawi dan juga Rozita Che Wan. Kami sama2 berpelukan dan mereka mengucapkan terima kasih kepada kami... Ini adalah usaha besar mereka utk lebih menyerlahkan lg nama Havoc Senamtari.

Selesai diujibakat, baru masing2 berasa lapar dan penat yg tak terhingga... Walaupun tidak terpilih di antara 10 yg terbaik, sekurang2 nya anak2 kami adalah antara kumpulan pilihan yg menarik hati mereka... x pe2, next time kita cuba lagi ok !!

Ok la.... di bawah adalah gambar2 sepanjang ujibakat ini dijalankan.... tima kasih atas doa semua....
























Di bawah adalah video ujibakat tersebut..... 

 

Sekian.....



Tuesday, 5 January 2016

HARI SUKAN NEGARA - 10/10/2015


Assalamualaikum....

Ok, sejujurnya kami terkejut biler mendapat tawaran dari Haikal yg berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan utk menyahut Hari Sukan Negara. Ye la, kami kan adalah kumpulan senamtari... senamtari juga merupakan antara program kesihatan dan sukan... jadi, kami rasa terpanggil utk sama2 menyertai program yg dianjurkan seluruh Malaysia ini..

Dengan semangat yg membara, kami membuat beberapa persembahan sambil disaksikan oleh Penolong Pengarah, Kementerian Belia dan Sukan iaitu En. Mohd Nadzrul Idzlan b. Mohd Nor. Kami merasa teruja kerana ini adalah pendedahan terbuka dan memberi pengalaman baru kepada semua ahli-ahli Havoc. Kami menerima Sijil Penghargaan yang ditandatangani oleh Yang Berhormat En. Khairy Jamaluddin, beberapa cenderahati dan imbuhan buat kumpulan kami... Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga.

Di atas penyertaan ini, ini adalah salah satu strategi terbaik untuk memperkenalkan lagi nama Havoc Senamtari kepada yg tidak mengenali... bukan mudah utk mendapatkan sekeping sijil dari badan-badan kerajaan... Terima kasih En. Haikal di atas kesungguhan beliau utk menyenaraikan kumpulan kami dalam program besar ini.

Walaupun kami sudah biasa membuat persembahan, latihan demi latihan tetap kami buat.... Walaupun kemahiran telah ader, kami masih cuba mengekalkan momentum2 yg bagus dalam setiap persembahan dan tenaga yg sgt baik... bukan saja dari Havoc Junior, malah dari havoc Senior juga.... kami merasa ini adalah tanggungjawab kami dan bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk sama-sama merealisasikan hari Sukan Negara ini dgn penuh cemerlang.

Rata-rata penonton berpuas hati dan itu dah cukup menggembirakan kami.... di penghujung acara, sesi penyampaian sijil telah dilakukan dan disampaikan oleh Penolong Pengarah, Kementerian Belia dan Sukan diiringi En. Haikal dan En.Manja.

In Shaa Allah, kami akan cuba sedaya upaya lagi untuk menyertai program2 seperti ini. Seperti yg kita sedia maklum, terkadang jasa yg disumbang itu kecil tetapi impaknya di mata masyarakat adalah sangat2 besar... Ini adalah sumbangan tenaga dan penglibatan kami dalam usaha2 kerajaan dalam menyatupadukan rakyat.

Dibawah adalah beberapa gambar sepanjang program ini berlangsung....










Di antara video-video persembahan tersebut :-





Sampai bertemu lagi.... In Shaa Allah.... bye... :)