Wednesday, 9 December 2015

PENGENALAN BLOG HAVOC SENAMTARI


Assalamu'alaikum semua !!!

Harap2 semua pembaca blog ni sihat2 hendak nyer... Alhamdulillah, pengenalan yang baik buat senamtari kami dan sebagai pembuka tirai bagi tahun baru nanti iaitu 2016.

Ok, sebagai pengenalan untuk hari ni, kami nak terangkan kenapa kami buat blog ni :-

i. Untuk memperkenalkan kumpulan kami kepada blogger2... mana tau bleh recommend kumpulan kami pada mana2 majlis....  hu3

ii. Menjadi medium interaksi lain selain facebook kerana mungkin ader sebahagian blogger tidak mempunyai laman sosial ini.

iii. Setiap aktiviti-aktiviti kami akan dimasukkan dan diceritakan dalam blog ini.

iv. Blog ini akan menjadi diari dan rujukan kami pd masa2 akan datang...

Ni nak citer skit asal-usul tertubuh nyer kumpulan Havoc Senamtari ini... Pada awal nyer sebahagian dari kami adalah peniaga2 kecil sebelum tertubuh nyer Megastar Sound ni dulu.... disebabkan kekurangan pelanggan pada masa tu, jadi masa2 kami lebih banyak dihabiskan dengan mengikuti step-step dari kumpulan poco2 yang mula2 bertapak di situ... Sejujur nyer, kami memang tiada langsung basic poco2... ader yg memang peniaga.. ader yg sekadar makan2... dan ader juga yg sekadar melepak saja.... mula2 kami memang malu2 !! ye la, x pandai ikut step, x pandai gelek dan serba serbi tak tau...

Dari sedikit ilmu yg ader dan kesefahaman dlm diri masing2, kami kumpulkan kawan2 yg betul2 berminat dengan poco2 ni... maka, tertubuhlah kumpulan Havoc ni... actually, nama Havoc ni diberikan oleh Shima iaitu ahli kumpulan kami juga... nama Havoc dipilih adalah sebab perangai gila-gila yg ader di setiap diri kami... kami juga dinilai kerana kelincahan dan tenaga yg kami ader kerana selalu menghangatkan aper sajer keadaan.... jadi, nama Havoc memang sgt2 sesuai dengan pembawakan diri kami semua... he3... dan Alhamdulillah, nama itu masih kekal hingga sekarang... Tima kasih, Shima....

Tarikh penubuhan kumpulan senamtari ini adalah pada 01 November 2013, kami sepakat untuk menamakan kumpulan kami sebagai Havoc Senamtari kerana kami rasakan bahawa kami lebih ke arah senamtari. Fokus sebenar adalah bersenam sambil menari. Dari hanya kurang 10 orang pada tahun bermula nyer kumpulan senamtari ini sehingga lah melebihi 50 orang pada tahun ini.  Alhamdulillah, perkembangan yg sgt baik utk kumpulan senamtari yg hanya baru ditubuhkan selama 2 tahun... Havoc Senamtari terbahagi kepada dua iaitu Havoc Senior dan Havoc Junior...

Kumpulan ini diketuai oleh Ayie.... yg merupakan di antara penaung awal yg membesar dalam dunia poco2 ni... tak pe, nanti kiter citer yg lebih detail pada masa akan datang yer... sabar banyak2 ok !! he3.. :)

Tapi betul org ckp, utk memulakan langkah bukan mudah... kami bertatih dari bawah... kami berkorban banyak masa dan tenaga.... kami belajar mengawal emosi masing2... kami belajar semangat setiakawan di antara kami... kami bentuk agar kumpulan Havoc ini adalah sebuah keluarga yg sarat dgn kasih dan syg.... kami buang jauh2 perasan2 yg tidak baik yg ader dalam diri kami... kerana kami percaya, untuk menjadi 'satu', kami kena banyak belajar berkorban.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini kami semakin serasi... semakin mengenali di antara satu sama lain... kami pupuk kasih syg itu agar kami jadi keluarga yg bahagia... Ok la... nanti kami citer lagi kisah2 lain... banyak lagi rentetan2 selepas ini.... nantikan cerita dari kami yer....

Assalamu'alaikum.... :)


4 comments:

  1. Terbaikkk....kita satu team mempunyai semangat satu keluarga...kekalkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah.... kalau ader salah silap, minta tegur yer...

      Delete
  2. kenangan indah sokongan hebat d beri pada i dj song,tuanpunya karaoke ketika itu, tw ayi, shima geng, ina diamond, kak timah, pak wan mama baby kelab, man bro, abg remy, juga plangan2 budiman yg pada mulanya i kelam kabut sampai jd dj n depa aik hati makan minum, bancuh sendiri ala2 seakan2 d rumah sendiri, sehingga shima geng offer tlg jaga fb dept. so i leh fokus dj, haha kenanga, pas tu i jual kpd azlan grup, kini i tuan punya baru karaoke ujung skali i take over dari dj an iaitu dulu serasi d santai, covid tutup lame now buka balik

    ReplyDelete