Assalamu'alaikum...
![]() |
| Cikgu Linda & Cikgu Ayie |
Tapi disebabkan kami ni jenis menyahut cabaran dan ader sedikit ilmu di dada, awal tahun ini (2015) kami cuba2 utk mengadakah kelas latihan yg pertama... kami bersetuju mengadakan kelas pada setiap hari Ahad jam 5.00 ptg hingga 7.00 malam dgn hanya bayaran RM 5 bagi 2 jam tersebut....
Dengan segala bantuan dari setiap ahli Havoc... sama ader Havoc Senior mahupun Havoc Junior... kami sama2 turun padang bagi membantu di antara satu sama lain.... segala ilmu yg kami pelajari selama ini. kami perturunkan pada ahli2 baru... Alhamdulillah, permintaan semakin tinggi dari minggu ke minggu.... berbekalkan tunjuk ajar dari guru2 senamtari iaitu Ayie, Ali, Linda n Kak Imah, semua berpuashati atas tunjuk ajar yg diberikan....

Beberapa syarat dikenakan utk diserap masuk dalam Havoc Senamtari... kerana ader sesetengah pelajar hanya ingin mengikuti kelas sahaja.... dan ader juga yg betul2 nak join Havoc... tetapi setiap ahli perlu melalui beberapa peringkat utk menjadi ahli Havoc tetap... bukan bermakna hanya menghadiri satu kelas, kalian dah diserap masuk... oh tidak !! kami juga mengadakan exam juga pada setiap pelajar.... sehingga pelajar2 baru itu benar2 berkelayakan dan menepati syarat2 yg ditetapkan oleh Havoc Senamtari sahaja yg akan diserap masuk...
Kami tidak memilih dari segi umur tp kami memilih dari segi tenaga kerana kebanyakan step kami adalah rancak dan catchy.... so, memerlukan tenaga yg banyak !! pernah satu ketika org bertanyakan Havoc 'dari mana korang dapat tenaga luar biasa ni?? sbb korang bleh menari, menari dan terus menari tanpa penat'..... sejujurnyer kami pun x tau dari mana tenaga tu... tp yg pasti, tenaga itu datang dari semangat dan minat kami...Di bawah adalah gambar2 sepanjang kelas latihan yg diadakan sepanjang tahun ni... syukur sgt2 sbb semakin minggu, semakin bertambah pelajar.... tak kira dr segala peringkat umur.... Doakan kami terus maju jaya dari masa ke semasa...
Jadikan setiap angan2 kami sebagai satu kenyataan kerana kami tak nak selam nyer bermimpi.... kami ader cita2 !!!
Sekian.....


























No comments:
Post a Comment