Assalamualaikum....Ok, sejujurnya kami terkejut biler mendapat tawaran dari Haikal yg berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan utk menyahut Hari Sukan Negara. Ye la, kami kan adalah kumpulan senamtari... senamtari juga merupakan antara program kesihatan dan sukan... jadi, kami rasa terpanggil utk sama2 menyertai program yg dianjurkan seluruh Malaysia ini..
Dengan semangat yg membara, kami membuat beberapa persembahan sambil disaksikan oleh Penolong Pengarah, Kementerian Belia dan Sukan iaitu En. Mohd Nadzrul Idzlan b. Mohd Nor. Kami merasa teruja kerana ini adalah pendedahan terbuka dan memberi pengalaman baru kepada semua ahli-ahli Havoc. Kami menerima Sijil Penghargaan yang ditandatangani oleh Yang Berhormat En. Khairy Jamaluddin, beberapa cenderahati dan imbuhan buat kumpulan kami... Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga.
Di atas penyertaan ini, ini adalah salah satu strategi terbaik untuk memperkenalkan lagi nama Havoc Senamtari kepada yg tidak mengenali... bukan mudah utk mendapatkan sekeping sijil dari badan-badan kerajaan... Terima kasih En. Haikal di atas kesungguhan beliau utk menyenaraikan kumpulan kami dalam program besar ini.
Walaupun kami sudah biasa membuat persembahan, latihan demi latihan tetap kami buat.... Walaupun kemahiran telah ader, kami masih cuba mengekalkan momentum2 yg bagus dalam setiap persembahan dan tenaga yg sgt baik... bukan saja dari Havoc Junior, malah dari havoc Senior juga.... kami merasa ini adalah tanggungjawab kami dan bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk sama-sama merealisasikan hari Sukan Negara ini dgn penuh cemerlang.
Rata-rata penonton berpuas hati dan itu dah cukup menggembirakan kami.... di penghujung acara, sesi penyampaian sijil telah dilakukan dan disampaikan oleh Penolong Pengarah, Kementerian Belia dan Sukan diiringi En. Haikal dan En.Manja.In Shaa Allah, kami akan cuba sedaya upaya lagi untuk menyertai program2 seperti ini. Seperti yg kita sedia maklum, terkadang jasa yg disumbang itu kecil tetapi impaknya di mata masyarakat adalah sangat2 besar... Ini adalah sumbangan tenaga dan penglibatan kami dalam usaha2 kerajaan dalam menyatupadukan rakyat.
Dibawah adalah beberapa gambar sepanjang program ini berlangsung....
Di antara video-video persembahan tersebut :-
Sampai bertemu lagi.... In Shaa Allah.... bye... :)





No comments:
Post a Comment