Thursday, 10 March 2016

ANNUAL DINNER - THE OSCAR NIGHT - 26/01/2016


Assalamu'alaikum w.b.t.......



Biler kami dijemput untuk membuat persembahan utk majlis makan malam ni, kami mengagak bahawa ianya hanya majlis makan malam yg kecil.... tetapi setelah diberikan 'detail' berkaitan majlis ini, baru kami tau bahawa ianya sebuah majlis yg besar, di dewan yg besar dan dipenuhi oleh manusia2 yg ramai.... ha3

Majlis ini bertemakan The Oscar Night.... mmg grand abis !! dgn suasana ala2 oscar award gitu.... sepatutnya kami perlu berpakaian lebih formal tetapi ini akan hanya menyekat pergerakan kami untuk membuat persembahan... dan hanya beberapa org sahaja yg dipilih untuk mengenakan kot sebagai menghormati tema yg telah ditetapkan....

Sejujurnya terdapat masalah pada awalnya berikutan waktu yg ditetapkan adalah pada hari Selasa iaitu hari org bekerja... jadi, kami menganggarkan hanya beberapa org shj yg terlibat tetapi bersyukur kerana ader yg sanggup turun padang utk sama2 memeriahkan persembahan ini.... latihan juga dilakukan 'last minute' kerana lagu yg dipilih agak rancak dan memerlukan tenaga berganda... kami sedikit tercabar kerana kesuntukan masa dan emosi sedikit terganggu kerana kepenatan berlatih seharian sebelum berlangsungnya majlis....

Tetapi kami sering menerapkan dalam diri kami semua bahawa kami nak enjoy !! so, biler kiter enjoy, kiter nampak lebih bersahaja dan seronok dgn persembahan tersebut.... tak terlihat langsung wajah stress di raut wajah masing2.... yg nampak hanya keseronokan melakukan persembahan tersebut.... kerana kami x nak emosi kami mencacatkan lagi persembahan dalam majlis makan malam ini.... biler kiter enjoy, kegembiraan terpancar pada wajah dan org yg menyaksikan persembahan kami juga akan turut seronok.... kami dah lakukan yg terbaik..... andai terdapat cacat cela di sana sini, kami memohon maaf....

Di sini kami sertakan beberapa gambar dan video utk tontonan kawan2 yg tidak dapat menyaksikan persembahan.... jangan sama2 goyang kaki sudah !!! ha3... ok la, bye.... :) :)

Sekian.....











Di bawah adalah video persembahan tersebut....




No comments:

Post a Comment