Monday, 7 March 2016

PERASMIAN NENDA BY SARIMAH - 10/01/2016


Assalamu'alaikum w.b.t.....

Hati siapa yg tak rasa gembira biler salah seorang keluarga kiter berjaya dgn kerjaya yg dibina..... hati siapa yg tak berhenti mendoakan kejayaan yg dikecapi.... Alhamdulillah, keluarga yg kami anggap seperti ayah dan ibu kami sendiri iaitu Pak Wan dan Mak Mesi dapat membuka restoran sendiri yang diberi nama Nenda by Sarimah......

Kami anak2 dari Havoc Senamtari mengucapkan ribuan tahniah di atas kejayaan ini... bukan mudah untuk berdiri seteguh ini demi mencapai keinginan dan cita-cita yg tertanam dalam hati sekian lama.... kami juga turut sama terpalit rasa gembira....

Pak Wan dan Mak Mesi adalah di antara tulang belakang Havoc Senamtari selama ini... segala ilmu dan pengetahuan mereka selama ini,  mereka kongsi bersama2 kami... kata2 semangat dan harapan x pernah putus dari mulut ayah dan ibu kami ini.... masih terasa2 kasih syg mereka yg x pernah putus.... walau selewat mana pun mereka, mereka tetap datang utk menjengah dan bertanya khabar kami.... Terima kasih Pak Wan.... terima kasih Mak Mesi.....

Di atas perasmian Nenda by Sarimah pada 10 Januari 2016, kami berbesar hati menerima jemputan untuk mengadakan persembahan khas sbg merasmikan restoran ini. Kami dihidangkan dgn makanan yg sedap2, layanan yg superb dari tuan rumah dan lebih tersentuh biler mana kami diberikan cenderahati berupa tuala yg ditenun dengan nama Havoc.... kami suker sgt !!! terima kasih.....

Kami dari Havoc Senamtari dan juga sebahagian keluarga kecil Pak Wan dan Mak Mesi sentiasa mendoakan agar perniagaan Pak Wan dan Mak Mesi maju jaya dan terkenal serta menjadi di antara restoran terbaik di Malaysia ini. In Shaa Allah dan Amin...

Sekian....












No comments:

Post a Comment