Tuesday, 31 May 2016

PERSEMBAHAN DI MAJLIS PERPISAHAN DR. NAUWIAH ANJURAN KLFM - 06/05/2016


Assalamu'alaikum w.b.t....

Pada 06 Mei 2016, Pihak KLfm telah menganjurkan Majlis Perpisahan buat Dr. Nauwiah... yang merupakan antara org kuat KLfm..... beberapa acara telah dibuat dan Havoc Senamtari dijemput untuk sama2 membuat persembahan dan memeriahkan majlis tersebut....

Bagi acara pembukaan, majlis tersebut disambut dengan penuh gilang gemilang..... bertemakan glitter, semua tetamu yg hadir datang tepat bertemakan glitter.... semua tetamu cukup terhibur dan sporting dengan persembahan2 yang telah diaturkan....

Persembahan dari Havoc Senamtari hanya diperlukan seramai 6 orang sahaja.... berikutan keluasan pentas tidak mengizinkan untuk semua ahli Havoc Senamtari turun padang.... jadi, pemilihan dibuat mengikut kelapangan masa masing2....

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan cukup baik..... dari bermula nyer majlis sehinggalah majlis berakhir.... semua memberi kerjasama yang sangat2 baik... baik dari pihak KLfm, begiru juga dari pihak kami sendiri....

Aper pun, kami selalu mahukan yang terbaik buat anda2 semua yg setia menyokong kami.... Jangan pernah jemu utk menjemput kami utk sama2 meraikan hari2 penting anda !!! In Shaa Allah, kami akan beri kepuasan berganda buat anda semua....

Lastly, tima kasih buat Haikal sebab setia meminjamkan tenaga utk menjadi jurugambar bagi setiap aktiviti2 Havoc Senamtari..... terima kasih tak terhingga.... jasamu sentiasa kami kenang... hu3

Di bawah adalah gambar2 sepanjang majlis tersebut......




















Sekian....


Sunday, 29 May 2016

MEGASTAR MINISHOW - 16/04/2016


Assalamu'alaikum w.b.t....

Rasanyer sudah menjadi rutin biler setiap 2 bulan @ 3 bulan, Megastar akan mengadakan mini show buat pengunjung2 Megastar... setelah dimaklumkan bahawa Havoc Senamtari perlu mengadakan persembahan, kami berkira2 untuk membuat kelainan pada hari tersebut.... setelah berbincang, kami bersetuju untuk mempelbagaikan persembahan..... bagi anak2 junior kami, kami mengdakan persembahan yg agak agresif... sesuai ngan jiwa mereka..... kami turut menyelitkan persembahan zumba.... dan akhirnya persembahan Irama Malaysia....

Kami akui bukan mudah untuk berlatih dalam masa dua minggu... mungkin bagi anak2 junior dan zumba, itu mudah bagi mereka kerana mereka telah lama terdedah dgn genre begitu.... tidak mudah bagi kami yang perlu membuat latihan bagi Irama Malaysia yg membawakan lagu 'Empat Dara'... kami hampir berselisih faham kerana komitmen masing2.... kami mahukan yg terbaik dalam persembahan kami ini.... Alhamdulillah, kami tangani setiap permasalahan dengan cara kami sendiri....

Sejujurnyer, walaupun telah banyak kali membuat persembahan, perasaan nervous still dalam hati kami.... terasa satu tanggungjawab besar terletak di bahu kami.... biler ader pengunjung2 yg datang semata2 utk melihat persembahan Havoc Senamtari, ia merupakan satu semangat buat kami utk melakukan yg terbaik....

Seusai persembahan dari anak2 junior kami, diikuti pula persembahan zumba dari kami.... bagi persembahan 'Empat Dara' adalah persembahan penutup bagi Megastar Mini Show ini.... sedikit gemuruh tp dilakukan dengan bersahaja walaupun terdapat ader kesilapan2 kecil yg kami lakukan tanpa sengaja.... mohon maaf dari kami.... aperpun, bila kami mendapat tepukan gemuruh dari pengunjung2 Megastar, ia dah cukup melegakan hati kami... rata2 pengunjung memuji setiap persembahan yang dipersembahkan oleh Havoc Senamtari..... Alhamdulillah... percubaan kami utk melakukan kelainan berjaya memikat hati mereka...

Lastly, terima kasih pada penganjur2 yg telah menyediakan saguhati buat anak2 junior kami dan juga buat kami, Havoc Senamtari... Terima kasih banyak2... semoga Allah memurahkan rezeki kalian... Amin3....

Di bawah adalah gambar2 sepanjang berlangsungnyer Megastar Mini Show tersebut.....

























Di bawah adalah video-video persembahan berikut :-







Monday, 23 May 2016

RADIO AKTIF 2016 ANJURAN KLFM (03/04/2016)


Assalamu'alaikum w.b.t...

Di atas kesibukan yg melanda, baru ari ni berkesempatan untuk menulis buat semua pembaca setia blog kami.... mohon maaf sgt2 kerana lately ni Havoc Senamtari menghadiri jemputan2 persembahan dari pelbagai pihak... Alhamdulillah...

Pada 03/04/2016, Havoc Senamtari dijemput oleh pihak KLfm untuk mengadakan persembahan sempena Radio Aktif 2016.... beberapa persembahan lain juga dijemput bagi memeriahkan hari tersebut... Radio Aktif 2016 ini diadakan bertempat di Menara Kuala Lumpur...

Kali ini kami tidak ditemani Mr. President kami iaitu Ayie kerana bercuti pada masa itu... Jadi kami perlu bergerak sendiri dan diketuai oleh Kak Anne dan Linda... Acara pada hari tersebut agak santai dan kami mempersembahkan lagu2 yg agak rancak utk para penonton..... memang rata2 penonton lebih menggemari lagu2 rancak... kebanyakkan penonton adalah dari pelbagai negara kerana seperti yg sedia maklum, Menara Kuala Lumpur antara tarikan pelancong-pelancong luar.... Alhamdulillah, kami mendapat tepukan gemuruh dari semua penonton...

Selesai persembahan di Menara Kuala Lumpur, kami makan tengahari di Kampung Baru yg ditaja sepenuhnya oleh Pak Wan dan Mama Mesi... tima kasih mak !!! semoga Allah murahkan rezeki mak sekeluarga...

Di bawah adalah gambar2 sepanjang berlangsungnya majlis tersebut....


















Video-video persembahan kami....








Sekian....