Monday, 28 December 2015

HARI KEBANGSAAN - 30/08/2015


Assalamu'alaikum...

Ok, bercerita tentang 31 Ogos.... haaa.... rasanyer semua merindui saat2 ini kan?? spt yg semua tau, ia merupakan Hari Kebangsaan.... setelah dimaklumkan oleh En. Manja yg merupakan pengusaha Mega Star Sound bahawa kami perlu membuat persembahan pada tgh malam 30 Ogos 2015, kami agak berdebar2... walaupun kami dah biasa perform depan org ramai setiap hari, tp debaran itu jelas2 terasa.... nervous yg terlampau... yer la, biler kami mahukan persembahan yg terbaik, kami sentiasa memerah kepala otak utk mencari idea2 yg terbaik...

Kami akui, kami sgt2 menitiberatkan setiap persembahan kami.... perkara pertama yg kami fikirkan adalah konsep yg ingin kami tonjolkan dan nilai2 yg ader dalam setiap persembahan... kami tak mahu kepercayaan yg diberikan kepada kami diambil mudah.... kami akan lakukan sehabis baik dan sehabis daya kami.... selain itu, kami juga mementingkan kecekapan, tenaga yg baik dan pengetahuan tentang step2 yg diberikan... biler disuruh membuat persembahan, kami semahu2nyer semua ahli dimasukkan utk membuat persembahan.... terkadang rasa macam penari Noraniza Idris pun ader... hu3... biler mana setiap persembahan, penuh floor tu dgn ahli2 kami sahaja...

Semua mahu memberikan yg terbaik biler segala tanggungjawab tergalas di bahu masing2.... semoga memberikan komitmen yg sgt2 baik... maklumlah kebanyakan dari kami memang minat menari, so mmg nampak kesungguhan masing2.... dari sekeras2 badan sampai dah jadi lembut pun ader biler menari... he3... tambah2 jejaka2 yg ader dalam kumpulan kami ni... kalau suruh gelek, kalah Inul Darastita tau !!! ha3.....

Alhamdulillah.... selesai persembahan, kami menerima maklum balas yg sgt2 baik dari pengunjung2 dan juga kenalan2 kami.... ye laaa, biler dah lama x berkawad rasa sumbang masing2... ader yg kuar kaki kiri ngan tgn kiri jugak... hadoiii !! masa rehearsal, memang mula2 gelak2... tp biler semua dah mula stress dan penat, masing2 serius.... sampai lah persembahan malam tu...

Kami memilih lagu 'Si Baju Hijau' nyanyian Wann.... sesuai la dengan tema 31 Ogos, askar2 gitu !! dgn seluar askar nyer, dengan kawad nyer, ader commander.... wah !! terasa kemerdekaan nyer... sorry, gambar x banyak sgt on that day tp kat bawah, kami ader selitkan video persembahan malam tu... harap semua terhibur.... kalau rasa2 nak panggil kitorang buat show, jgn malu2 call Linda atau Ayie.... harga bleh bincang ok.... hu3..





Di bawah adalah video persembahan tersebut :-





Sekian....

Tuesday, 22 December 2015

MAJLIS TERBUKA HARI RAYA - 08/08/2015

Assalamu'alaikum...

Hai semua... bertemu sekali lagi.... boring x baca blog kitorang ni?? harap2 tak la yer !!! kami x nak menulis secara formal dan x nak juga terlalu menggunakan bahasa pasar.... janji kalian memahami cerita yg nak disampaikan, itu dah cukup buat kami....

Ok, seperti biasa saya nak cerita rentetan dari kisah2 sebelum ni... Seperti yang kiter tau, pada 18 Jun 2015, kiter sbg umat islam telah mula berpuasa... jadinyer, banyak aktiviti malam dikurangkan... begitu juga aktiviti2 senamtari kami.... ini sbg tanda menghormati bulan mulia ini... Ader di antara kami menjadikan bulan mulia ini untuk lebih mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa dan ader juga yg mencari rezeki lebih dgn berniaga.... so, perjalanan senamtari agak perlahan pada bulan puasa....

Setelah diumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri jatuh pd 17 Julai 2015, pihak Megastar Sound telah mengadakan Majlis Terbuka Hari Raya Megastar Sound pada 08 Ogos 2015 bagi meraikan pelanggan2 yg setia bersama dan juga kumpulan2 poco2 yg lain... Alhamdulillah, majlis berjalan seperti yg dirancangkan... En. Manja yg merupakan pengusaha Megastar Sound memohon kepada semua kumpulan utk mengadakan persembahan sempena hari raya...

Di sebabkan masa yg terhad dan tiada latihan, kami sepakat utk mengadakan persembahan yg sedia ada cuma diolah sedikit utk menampakkan sedikit pembaharuan dalam persembahan kami... agak sedikit kekok bagi kaum perempuan kerana masing2 mengenakan baju kurung dan kebaya.... ia agak membataskan pergerakan tp kami telah cuba melakukan sehabis baik pada malam itu.... baju bukan alasan untuk kami... tetapi sesekali bergaya mcm tu, nampak ayu juga... ha3.... yg lelaki, masing2 persis lelaki melayu terakhir kerana masing2 mengenakan baju melayu dilengkapi samping.... memang bergetar jiwa biler melihat nyer....

Di bawah adalah beberapa gambar serta video sepanjang Majlis Terbuka Hari Raya tersebut :-











Ini adalah dua video pada hari tersebut.....




Sekian....


Friday, 18 December 2015

SHOW - PULAPOL - 02/05/2015


Assalamu'alaikum....

Hai semua !! masih setia membaca blog Havoc Senamtari ker?? Alhamdulillah, kami akan cuba update dari masa ke semasa.... menceritakan sedikit sebanyak aktiviti kami.... disebabkan tahun ini adalah tahun kami yg paling aktif, jadi banyak la citer2 yg akan kami citerkan pada semua.... kadang2 nak menulis ni kena ader mood jugak... tp disebabkan sambutan positif dari semua pembaca2 blog, kami buang segala mood2 negatif demi semua... kami sgt2 menghargai kalian yg x pernah putus2 memberi semangat dan inspirasi kepada kami....

Disebabkan nama Havoc Senamtari mula meniti di bibir2 kawan2... ramai juga yg panggil kami utk mcm2 show.... dan antara show yg sering dipanggil adalah dari pihak PULAPOL.... sengaja utk membuat kelainan dgn memanggil kumpulan senamtari utk persembahan pada majlis perkahwinan... mmg lain dari yg lain... hu3.... dan syukur sgt2 kerana kami menerima komen yg sgt2 positif... Alhamdulillah...

Walaupun hanya persembahan utk majlis perkahwinan, kami sgt2 bersemangat !!! kerana aper ??? kerana kami membawa nama Havoc Senamtari.... jadi biarlah di mata org lain bahawa itu hanya sekadar show kenduri kawin tp bagi kami, ini adalah penghargaan besar buat kami untuk melebarkan sayap utk majlis2 lain nanti... Walau utk aper show sekalipun, kami memang semangat lain mcm... hu3... dan semua dah tau part masing2... baik dari segi mekap, rambut dan aksesori, semua saling membantu dan ringan tulang demi memastikan yg terbaik.... semangat ini yg kami terapkan dalam keluarga Havoc Senamtari ini.... sesiapa yg pernah terlibat secara langsung akan tau betapa komited nyer kami dalam keluarga ini....

Walaupun mungkin kedengaran jerit pekik dalam ni, tp sejujurnyer itu cara kami bekerja berkumpulan.... sampai anak2 kecil kami dah lali sbb mereka tau, kami buat kerana kami syg... kerana kami amik berat dari segala segi.... dan sebab itu anak2 kami terbiasa begitu.... Ok la, di bawah saya lampirkan aktiviti2 sebelum dan selepas show ini berlangsung..... Terima kasih pihak PULAPOL..... :)











Kat bawah ni ader beberapa video show tersebut... harap enjoy tgk yer !!!










Sekian....


Thursday, 17 December 2015

PENGHARGAAN DEMI PENGHARGAAN.....


Assalamu'alaikum....

Alhamdulillah.... sejak tertubuhnya pengurusan baru iaitu Mega Star Sound, Havoc Senamtari semakin dikenali.... Havoc Senamtari juga didedahkan dgn kumpulan poco2 yg lain.... seperti Mama Mia, New Generation Otai (NGO), Baldu Biru, Manja Kasih, Serendah dan lain2.... bertambah lagi kenalan2 buat Havoc Senamtari utk mendalami ilmu2 dari org2 lama.... nasib baik org2 lama dalam dunia poco2 x pernah lokek dgn ilmu2 pengetahuan yg ader.... bertambah lah skit2 ilmu di dada kami ni....

Ok lah..... skang Mega Star Sound semakin meriah.... pengunjung2 dari pelosok KL dan Selangor dah mula mengenali Mega Star Sound.... Jadi, mcm2 acara diadakan bagi menghargai pengunjung dan juga ahli2 senamtari dan poco2 sendiri.... acara2 ini diadakan setiap bulan.... dan Alhamdulillah semakin ramai penaja2 yg ingin menaja hadiah setiap bulan... ini adalah utk memberi semangat kepada semua utk melakukan yg terbaik...

Jadinyer, ahli2 Havoc Senamtari juga tak terkecuali... dgn diadili oleh beberapa otai2 lama, diperhati dalam diam, dinilai dalam senyum... tau2 jer, nama disebut di atas pentas utk mengambil hadiah... hadiah ini diberikan atas komitmen yg telah ditunjukkan.... tak kisah lah dari kumpulan mana sekalipun.... mata2 pengadil adalah yg selayaknyer menilai.... dan syukur kerana kebanyakkan nyer anugerah dimonopoli oleh kumpulan kami... baik dari senior mahupun junior... mungkin juga kerana ahli kumpulan kami agak ramai.... dan kami ni agak hyperactive skit... hu3... pantang dgr lagu, semua bergerak pantas nak bukak step.... kih3...

Sejujurnyer, setiap ahli kami dah mampu untuk bukak step tp masih malu2.... kami lebih memberi keutamaan pada ketua tari kami.... ye la, bimbang kalau2 step yg dibuka tu x masuk tempo sedangkan kami memberi keyakinan sepenuhnyer kepada setiap ahli kami.... kdg2 tu, ader jugak di kalangan junior mampu untuk membuka step.... itu yg harus dipuji kerana level confident mereka sgt2 membanggakan....

Di bawah adalah antara gambar2 penerimaan anugerah sepanjang tahun ni.... Alhamdulillah dan terima kasih banyak2 kepada semua penaja dan pengadil2 yg memandangkan bakat kami ini....


























Sekian...


Monday, 14 December 2015

KELAS LATIHAN



Assalamu'alaikum...

Cikgu Linda & Cikgu Ayie
Pertengahan tahun lepas, kami menerima banyak sgt pertanyaan.... adakah Havoc Senamtari ada mengadakan kelas tarian?? pada mulanyer kami tidak berani untuk membuat sebarang kelas kerana kami tahu bagi kumpulan senamtari yg baru setahun jagung, pasti dipertikaikan kemampuan kami dalam mengendalikan sesebuah kelas....

Tapi disebabkan kami ni jenis menyahut cabaran dan ader sedikit ilmu di dada, awal tahun ini (2015) kami cuba2 utk mengadakah kelas latihan yg pertama... kami bersetuju mengadakan kelas pada setiap hari Ahad jam 5.00 ptg hingga 7.00 malam dgn hanya bayaran RM 5 bagi 2 jam tersebut....

Dengan segala bantuan dari setiap ahli Havoc... sama ader Havoc Senior mahupun Havoc Junior... kami sama2 turun padang bagi membantu di antara satu sama lain.... segala ilmu yg kami pelajari selama ini. kami perturunkan pada ahli2 baru... Alhamdulillah, permintaan semakin tinggi dari minggu ke minggu.... berbekalkan tunjuk ajar dari guru2 senamtari iaitu Ayie, Ali, Linda n Kak Imah, semua berpuashati atas tunjuk ajar yg diberikan....

Beberapa syarat dikenakan utk diserap masuk dalam Havoc Senamtari... kerana ader sesetengah pelajar hanya ingin mengikuti kelas sahaja.... dan ader juga yg betul2 nak join Havoc... tetapi setiap ahli perlu melalui beberapa peringkat utk menjadi ahli Havoc tetap... bukan bermakna hanya menghadiri satu kelas, kalian dah diserap masuk... oh tidak !! kami juga mengadakan exam juga pada setiap pelajar.... sehingga pelajar2 baru itu benar2 berkelayakan dan menepati syarat2 yg ditetapkan oleh Havoc Senamtari sahaja yg akan diserap masuk...


 Kami tidak memilih dari segi umur tp kami memilih dari segi tenaga kerana kebanyakan step kami adalah rancak dan catchy.... so, memerlukan tenaga yg banyak !! pernah satu ketika org bertanyakan Havoc 'dari mana korang dapat tenaga luar biasa ni?? sbb korang bleh menari, menari dan terus menari tanpa penat'..... sejujurnyer kami pun x tau dari mana tenaga tu... tp yg pasti, tenaga itu datang dari semangat dan minat kami...

Di bawah adalah gambar2 sepanjang kelas latihan yg diadakan sepanjang tahun ni... syukur sgt2 sbb semakin minggu, semakin bertambah pelajar.... tak kira dr segala peringkat umur.... Doakan kami terus maju jaya dari masa ke semasa...

Jadikan setiap angan2 kami sebagai satu kenyataan kerana kami tak nak selam nyer bermimpi.... kami ader cita2 !!!




























 Sekian.....