Tuesday, 22 December 2015

MAJLIS TERBUKA HARI RAYA - 08/08/2015

Assalamu'alaikum...

Hai semua... bertemu sekali lagi.... boring x baca blog kitorang ni?? harap2 tak la yer !!! kami x nak menulis secara formal dan x nak juga terlalu menggunakan bahasa pasar.... janji kalian memahami cerita yg nak disampaikan, itu dah cukup buat kami....

Ok, seperti biasa saya nak cerita rentetan dari kisah2 sebelum ni... Seperti yang kiter tau, pada 18 Jun 2015, kiter sbg umat islam telah mula berpuasa... jadinyer, banyak aktiviti malam dikurangkan... begitu juga aktiviti2 senamtari kami.... ini sbg tanda menghormati bulan mulia ini... Ader di antara kami menjadikan bulan mulia ini untuk lebih mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa dan ader juga yg mencari rezeki lebih dgn berniaga.... so, perjalanan senamtari agak perlahan pada bulan puasa....

Setelah diumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri jatuh pd 17 Julai 2015, pihak Megastar Sound telah mengadakan Majlis Terbuka Hari Raya Megastar Sound pada 08 Ogos 2015 bagi meraikan pelanggan2 yg setia bersama dan juga kumpulan2 poco2 yg lain... Alhamdulillah, majlis berjalan seperti yg dirancangkan... En. Manja yg merupakan pengusaha Megastar Sound memohon kepada semua kumpulan utk mengadakan persembahan sempena hari raya...

Di sebabkan masa yg terhad dan tiada latihan, kami sepakat utk mengadakan persembahan yg sedia ada cuma diolah sedikit utk menampakkan sedikit pembaharuan dalam persembahan kami... agak sedikit kekok bagi kaum perempuan kerana masing2 mengenakan baju kurung dan kebaya.... ia agak membataskan pergerakan tp kami telah cuba melakukan sehabis baik pada malam itu.... baju bukan alasan untuk kami... tetapi sesekali bergaya mcm tu, nampak ayu juga... ha3.... yg lelaki, masing2 persis lelaki melayu terakhir kerana masing2 mengenakan baju melayu dilengkapi samping.... memang bergetar jiwa biler melihat nyer....

Di bawah adalah beberapa gambar serta video sepanjang Majlis Terbuka Hari Raya tersebut :-











Ini adalah dua video pada hari tersebut.....




Sekian....


No comments:

Post a Comment