
Hai semua !! masih setia membaca blog kami?? Alhamdulillah, setakat ni sambutan pembaca blog kami semakin meningkat..... jadi ler follower blog kami.... sekurang2 nyer kami tahu siapa yg setia membaca blog kami ni... he3... aper pun, tima kasih kerana sudi meluang dan mencuri sedikit masa kalian untuk mengikuti aktiviti kami... tima kasih banyak2 yer.... :) :)
Selesai saja persembahan di Makan Malam TNB, PJ di Hotel Hilton tempoh hari, kami menerima jemputan dari pihak KLfm untuk sama2 turut serta dalam rakaman 'KL Raya lagi 2016' pada 22 Mei 2016 bertempat di Angkasapuri pada pukul 10.00 pagi... dengan bertemakan hari raya, kami diminta untuk memakai baju raya sebagai menepati tema yg dianjurkan...
Dengan dihadiri dan persembahan dari beberapa artis, anak2 junior kami mengambil kesempatan untuk memeriahkan majlis tersebut dengan mempersembahkan step kami di dalam beberapa persembahan artis. Rasa2 nyer kami antara kumpulan yg paling riuh pada hari tersebut...
Kami diberikan dua buah meja untuk dipenuhi oleh ahli2 kami.... pelbagai juadah raya dihidangkan bagi membangkitkan suasana raya.... semua makanan sedap2 antaranya Nasi Tomato, Sate Baung, Laksa Johor, Roti Jala, Spagetthi Bolognese, Salad buah2an dan macam2 lain termasuk kuih-muih yang menyelerakan..... Alhamdulillah, kami balik dengan perut kekenyangan...
Kami juga didedahkan dengan org2 besar dalam industri media cetak dan media elektronik... sedikit sebanyak kami dapat bersuai kenal dengan mereka... ader seseorang bertanyakan tentang kumpulan senamtari kami ini dengan lebih terperinci, bertanyakan harga persembahan kami dan meminta 'name card' untuk dihubungi.... rupa2 nyer beliau adalah En. Adam Salleh yg merupakan penulis di ruangan Pen Emas di dalam Harian Metro... beliau sgt low profile dan bersahaja.... tima kasih atas segala nasihat yang diberikan kepada anak2 junior kami...
Segala rakaman tersebut berlangsung sehingga menghampiri jam 4.00 petang.... kerana pihak KLfm mengadakan dua sesi... di sebelah pagi dan di sebelah petang.... Alhamdulillah, berjalan seperti yang dirancang.... Anak2 junior kami yang paling seronok kerana mereka menerima duit raya dari KLfm.... beberapa ahli kami juga menerima cabutan bertuah dan beberapa cenderahati dari pihak KLfm...
Terima kasih atas jemputan ini.... kami sgt teruja dalam memenuhi undangan dari mereka.... dan ini merupakan pengalaman berharga buat kami.... Di bawah kami sertakan gambar2 kami sepanjang berlangsungnyer rakaman tersebut....
Di bawah adalah video persembahan dari anak2 junior kami....
Sekian.....