Thursday, 2 June 2016

MAJLIS MAKAN MALAM TNB, PJ - 20/05/2016


Assalamu'alaikum w.b.t....

Kami telah dimaklumkan oleh kenalan Ayie yang bekerja di Tenaga Nasional Berhad, Petaling Jaya bahawa syarikat beliau akan mengadakan majlis makan malam bertemakan Bollywood di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 20 Mei 2016 hari Jumaat...

Disebabkan Havoc Senamtari baru sahaja selesai mengadakan persembahan Bollywood pada bulan lepas dan mendapat sambutan baik dari para pengunjung, kami diminta untuk mengadakan kembali persembahan tersebut... Kami diminta untuk membawakan dua persembahan Bollywood pada majlis tersebut.

Dengan hanya berbekalkan 2 hari untuk berlatih, kami bersungguh2 mengingatkan kembali step2 yg dipersembahkan pada bulan lepas.... hanya satu persembahan Bollywood yang ader dalam simpanan kami.... jadi, kami perlu berlatih utk satu lagi persembahan dalam masa 3 @ 4 jam.... bayangkan betapa stress nyer kami malam tu.... ye la kan, bukan mudah untuk mengingati step2 yg baru dipelajari dalam masa sesingkat itu....

Alhamdulillah..... berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang ader pada diri setiap ahli Havoc Senamtari, kami dapat menyiapkan satu lagi persembahan dgn jaya nyer.... walaupun kami balik ke rumah pada hari itu agak lewat... memandangkan ader yg bersekolah dan bekerja pada keesokan hari nya.... tp masing2 memberikan komitmen yang sangat2 baik hingga memudahkan segala nya....

Terima kasih buat semua ibu bapa anak2 junior kami yang sgt2 memahami keadaan kami..... hinggakan mereka terkejut akan kebolehan kami mengingati step2 baru walaupun hanya mempelajari nyer hampir 4 jam..... terima kasih juga pada semua ahli2 senior Havoc Senamtari kerana memberikan kerjasama yang baik dan bersungguh2 dalam memberikan yang terbaik..... walaupun diakui bahawa semua masih penat bekerja dan bersekolah pada siang hari nyer, masih mampu bekerjasama dalam satu kumpulan.... Alhamdulillah....

Setelah dipersembahkan kepada pegawai2 besar Tenaga Nasional Berhad (TNB), rata2 mereka memuji dan berpuashati dengan persembahan kami.... kami sendiri teruja untuk persembahan ini kerana irama Bollywood antara muzik yang sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat.... kami bersungguh2 kerana kami memang suker menari... lebih2 lagi, lagu yang dipersembahkan adalah lagu rancak.....

In Shaa Allah..... jika masih ader lagi rezeki kami, jumpa kami lagi untuk aper2 event yang bakal dianjurkan oleh pihak TNB nanti..... kami sgt2 berbesar hati sekiranya kami dipanggil lagi untuk membuat persembahan..... maklum la, bukan mudah untuk mendapat job2 besar dari syarikat2 besar seperti TNB ini.... sama2 la kiter doakan.....

Di bawah adalah gambar2 sepanjang kami berada di Hotel Hilton, Petaling jaya untuk persembahan tersebut.... Akhir kata, jangan berhenti memberikan sokongan kepada kami.... Tanpa anda semua, siapa kami......


















































Di bawah adalah persembahan kami bagi majlis tersebut.... Selamat menonton....






Sekian........ :) :)


No comments:

Post a Comment