Wednesday, 7 September 2016

KETUPAT RENDANG KOPI O (TV9) - 09/07/2016


Assalamu'alaikum w.b.t....

Diam x diam dah banyak rupernyer citer2 di blog kami.... tima kasih sbb sudi mengikuti setiap citer yg ditulis.... kami sgt2 menghargainyer.... Alhamdulillah, tahun ni banyak sungguh jemputan2 utk mengadakan persembahan dari pelgai pihak.... tak kira bulan puasa mahupun raya.... semua inginkan persembahan dari Havoc Senamtari... tima kasih kerana mempercayai bakat kami...

Nak jadikan citer, pihak TV9 ader membuat jemputan utk Havoc Senamtari pada hari raya ke-4.... disebabkan ramai ahli2 Havoc sedang bercuti raya, maka x ramai la yg dapat join untuk Rancangan Khas sempena hari raya ni iaitu Ketupat Rendang Kopi O.... nasib baik juga pihak TV9 hanya inginkan seramai 4 orang sahaja..... jadinyer, hanya yg beraya di KL sahaja yg terpilih iaitu Ayie, Sha, Syafiq dan Umairah..

Hanya sempat berlatih selama beberapa jam sahaja kerana produksi mahukan step yg digunakan adalah step dari video klip Noraniza Idris sendiri.... nasib baik la hanya 2 lagu yg diminta oleh pihak produksi tersebut dan lagu ni hanya dipasang sekejap jer... sempat la kami berlatih pada malam tersebut.... syukur kerana dipermudahkan semua perkara...

Ramai juga artis2 yg terlibat pada hari tersebut.... antara nyer Noraniza Idris, Mimie One Nation Emcee, Isma AF dan juga Khai Bahar... slot kami adalah slot terakhir sebelum program ini berakhir... bimbang juga kerana biler kuantiti org yg membuat persembahan sedikit, akan menampakkan dgn jelas kesilapan2 kecil... tp biler kiter bersahaja, In Shaa Allah semua itu juga kelihatan bersahaja walaupun degupan jantung kitorang berdegup lebih dari biasa...

Tampil live di kaca TV dan tampil live di hadapan org ramai, adalah dua situasi yg berbeza.... macam kami, dah biasa tampil depan org ramai... terdengar sorakan dan tepukan semangat dari penonton2.... makin bersemangat la kami membuat yg terbaik.... tapi sesekali tampil di kaca TV juga perlu... untuk dilihat seluruh Malaysia dan memperkenalkan lagi Havoc Senamtari.... doakan kami selalu yer... doakan kami terus maju dan sentiasa bersatu....

Dibawah adalah gambar2 sepanjang program tersebut...















Di bawah adalah video2 bagi rancangan tersebut.... selamat menonton...




Sekian....

Thursday, 11 August 2016

JEMPUTAN PERSEMBAHAN SEMPENA HARI RAYA DARI HAVOC JUNIOR - 03/07/2016



Assalamu'alaikum w.b.t.....

Alhamdulillah.....kami sangat teruja apabila bakat anak2 junior kami mula mendapat perhatian dan sokongan dari pelbagai pihak... lebih2 lagi biler kami menerima undangan dari Plaza Masalam, Shah Alam untuk mengadakan persembahan di pentas utama pada 03 Julai 2016 sempena menyambut hari raya yg bakal tiba....

Kami difahamkan bahawa sekiranya pihak Plaza Masalam berpuashati dgn persembahan anak2 kami pd malam itu, anak2 kami akan mendapat kontrak untuk mengiringi persembahan artis setiap minggu bermula tahun hadapan.... In Shaa Allah... jika Allah itu yang tertulis rezeki buat anak2 kami.

Hampir seminggu anak2 ini membuat latihan bagi memberikan persembahan yg terbaik.... maklumlah dgn keadaan berpuasa dan bersekolah, ia agak sedikit membebankan buat mereka.... tp semangat mereka sangat kuat..... dan yg paling pasti adalah kerana minat mereka.... mereka betul2 melakukan nyer dgn bersungguh2...

Disebabkan persembahan bermula pada 9.00 malam, kami dtg awal di Megastar untuk bersiap2 dan mekap.... tepat jam 5.00 petang, kami bertolak dari Megastar agar tidak berasak2 dalam jammed... lgpun kami perlu 'booking' tempat untuk kami berbuka puasa terlebih dahulu... bimbang anak2 kami ini tidak bertenaga.... lagipun keperluan mereka harus dijaga kerana ibubapa mereka memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami untuk menjaga anak mereka.... Alhamdulillah, semua nyer dipermudahkan....

Selesai berbuka puasa, anak2 kami sudah bersedia di tepi pentas untuk membuat persembahan. Bukan mudah untuk membuat persembahan di pentas utama.... disaksikan ratusan org yg sedang asyik membeli-belah.... dengan terasa debaran di dada lg... kami yg dewasa ni pun terasa gugup nyer... apatah lagi anak2 kami ini.... tetapi Alhamdulillah, persembahan mereka mendapat tepukan yg gemuruh dari org ramai yg berada di situ dan juga di tingkat2 atas.... mereka melakukan nyer dgn tersenyum dan kami dapat merasakan keseronokan mereka menari....

Anak2 kami ini sgt bertuah kerana dapat mengiringi persembahan artis yg meningkat naik iaitu Waris.... setiap lagu yg beliau nyanyikan, ader sajer anak2 kami ini membuka langkah hingga dipuji oleh Waris sendiri.... anak2 kami ini juga menerima duit raya dari pihak Plaza Masalam.... begitu gembira nyer mereka...... seusai itu, mereka juga menerima duit raya dari Pengerusi Havoc Senamtari sendiri iaitu saudara Ayie... maka berganda lah kegembiraan mereka.... pelbagai pujian yg kami terima dari pihak Plaza Masalam.....

Tahniah buat anak2 kami ini kerana tidak pernah menghampakan kami.... walaupun terkadang terdengar sedikit jeritan dan jerkahan, percayalah itu adalah kerana kami 'sayang'.... 'sayang' nyer kami pada anak2 semua seperti kami menyayangi anak kami sendiri.... kami bangga dgn semangat, peningkatan dan kemajuan yang telah kalian buat selama ini..... anak2 semua yg sama2 membantu dalam menaikkan lagi nama Havoc Senamtari.....





Di bawah adalah gambar2 sepanjang  berlangsungnyer majlis...


Reena

Elynn

Cuya
Danisha
so, dah tau la kan saper jurusolek terkemuka yg make up diorang ni kan?? hu3...
org2 kuat belakang tabir...

berbuka puasa....


Anak-anak kami....

Syafiq rahim
Faris
Amirul
Syafiq S
Aiman

Si comey, Danisha...
Si manis, Cuya...
Si Sopan, Elynn...
Si Cantik, Reena...

 
 
 
 

 



Di bawah adalah video2 persembahan anak2 kami ini......



Video (1)


Video (2)


Video 3

Sekian.....




Friday, 15 July 2016

JEMPUTAN PERTANDINGAN SENAM SENI TARI 2016 ANJURAN ILOVEU CORNER, TANJUNG MALIM - 28/05/2016


Assalamu'alaikum w.b.t.....

Wahhhh.... lamanyer kami x menulis untuk semua.... al-maklumlah sibuk berpuasa dan sibuk berhari raya.... disebabkan masih mood2 raya ni, kena rajin2kan diri utk update blog yg agak lama menyepi ni..... rindu kitorang x, kengkawan semua??? hu3.... kalau rindu, simpan jer dalam hati ok....

Setelah perbincangan di antara pihak penganjur dan Pengerusi kami iaitu Ayie... Ayie memaklumkan bahawa satu pertandingan senamtari akan diadakan pada 28/05/2016 hari Sabtu... Pertandingan Senamtari ini bertempat di ILOVEU Corner, Tanjung Malim.... Disebabkan jemputan kali ini agak jauh, kami menganggarkan hanya beberapa wakil Havoc sahaja yang akan turut serta.... tetapi atas rasa semangat dan penghargaan kepada penganjur kerana menjemput kami untuk menjadi tetamu khas pada hari itu, kami hadir begitu ramai pada malam itu.... hampir 6 buah kereta menyertainyer termasuk Senior dan Junior.....

Alhamdulillah, walaupun perjalanan agak mencabar..... kami tiba ke ILOVEU Corner dengan selamat... Tima kasih diucapkan buat abg Lan Laga dan isteri kerana memandu arah ke sana... ini adalah kunjungan pertama kami ke sana.... walaupun kami agak terlewat, abg Lan dan isteri setia menanti di tol yg dijanjikan.... tima kasih banyak, abg Lan dan isteri !!! Kami disambut baik oleh pihak ILOVEU Corner hingga menjemput kami di bahagian parking dan memastikan kenderaan kami diletakkan di tempat yg selamat.... tima kasih !!

Rata-rata kumpulan senamtari yang bertanding juga bukan calang2 persembahan nyer.... semua nyer bagus2 dan bersemangat.... seperti juga kami.... biler membuat sesuatu persembahan, lakukanlah dengan bersungguh2... biarlah kesungguhan itu meninggalkan 'kesan' di setiap hati yg melihat persembahan itu.... hu3....

Kami membuat persembahan di acara penutup... persembahan dimulai dari Havoc Junior, kemudiannyer persembahan dari Havoc Senior dan penutup adalah persembahan bersama.... kami memilih lagu2 yang agak rancak memandangkan kami dikenali dengan step2 yang agresif..... Alhamdulillah, kami menerima tepukan dan teriakan yg gemuruh dari rata2 yg melihat persembahan kami... terima kasih kepada semua yg melihat persemabahan kami pada malam itu....

Selesai mengadakan persembahan, kami menerima sekeping sijil dari pihak penganjur dan kami bertolak balik ke tempat kami secara konvoi.... dan kami selamat sampai ke Megastar juga dgn selamat..... sampainyer kami di Megastar, kami masih berdaya lagi utk mengambil slot persembahan kami.... hebat kan?? ha3.... tenaga luar biasa betulll.....

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan tima kasih atas jemputan ini... tima kasih juga pada semua yg terlibat sepanjang perjalanan kami ke sana.... Jasa baik semua, akan kami kenang sampai biler2.... mohon ampun dan maaf andai ader sebarang ketidakpuasan hati yg timbul dari pihak kami.... halalkan juga makan dan minum kami.....

Di bawah adalah gambar-gambar sepanjang kami berada di sana......



















Di bawah adalah video persembahan kami.... Selamat menonton.... :) :)





Sekian...