JEMPUTAN PERSEMBAHAN SEMPENA HARI RAYA DARI HAVOC JUNIOR - 03/07/2016
Assalamu'alaikum w.b.t.....
Alhamdulillah.....kami sangat teruja apabila bakat anak2 junior kami mula mendapat perhatian dan sokongan dari pelbagai pihak... lebih2 lagi biler kami menerima undangan dari Plaza Masalam, Shah Alam untuk mengadakan persembahan di pentas utama pada 03 Julai 2016 sempena menyambut hari raya yg bakal tiba....
Kami difahamkan bahawa sekiranya pihak Plaza Masalam berpuashati dgn persembahan anak2 kami pd malam itu, anak2 kami akan mendapat kontrak untuk mengiringi persembahan artis setiap minggu bermula tahun hadapan.... In Shaa Allah... jika Allah itu yang tertulis rezeki buat anak2 kami.
Hampir seminggu anak2 ini membuat latihan bagi memberikan persembahan yg terbaik.... maklumlah dgn keadaan berpuasa dan bersekolah, ia agak sedikit membebankan buat mereka.... tp semangat mereka sangat kuat..... dan yg paling pasti adalah kerana minat mereka.... mereka betul2 melakukan nyer dgn bersungguh2...
Disebabkan persembahan bermula pada 9.00 malam, kami dtg awal di Megastar untuk bersiap2 dan mekap.... tepat jam 5.00 petang, kami bertolak dari Megastar agar tidak berasak2 dalam jammed... lgpun kami perlu 'booking' tempat untuk kami berbuka puasa terlebih dahulu... bimbang anak2 kami ini tidak bertenaga.... lagipun keperluan mereka harus dijaga kerana ibubapa mereka memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami untuk menjaga anak mereka.... Alhamdulillah, semua nyer dipermudahkan....
Selesai berbuka puasa, anak2 kami sudah bersedia di tepi pentas untuk membuat persembahan. Bukan mudah untuk membuat persembahan di pentas utama.... disaksikan ratusan org yg sedang asyik membeli-belah.... dengan terasa debaran di dada lg... kami yg dewasa ni pun terasa gugup nyer... apatah lagi anak2 kami ini.... tetapi Alhamdulillah, persembahan mereka mendapat tepukan yg gemuruh dari org ramai yg berada di situ dan juga di tingkat2 atas.... mereka melakukan nyer dgn tersenyum dan kami dapat merasakan keseronokan mereka menari....
Anak2 kami ini sgt bertuah kerana dapat mengiringi persembahan artis yg meningkat naik iaitu Waris.... setiap lagu yg beliau nyanyikan, ader sajer anak2 kami ini membuka langkah hingga dipuji oleh Waris sendiri.... anak2 kami ini juga menerima duit raya dari pihak Plaza Masalam.... begitu gembira nyer mereka...... seusai itu, mereka juga menerima duit raya dari Pengerusi Havoc Senamtari sendiri iaitu saudara Ayie... maka berganda lah kegembiraan mereka.... pelbagai pujian yg kami terima dari pihak Plaza Masalam.....
Tahniah buat anak2 kami ini kerana tidak pernah menghampakan kami.... walaupun terkadang terdengar sedikit jeritan dan jerkahan, percayalah itu adalah kerana kami 'sayang'.... 'sayang' nyer kami pada anak2 semua seperti kami menyayangi anak kami sendiri.... kami bangga dgn semangat, peningkatan dan kemajuan yang telah kalian buat selama ini..... anak2 semua yg sama2 membantu dalam menaikkan lagi nama Havoc Senamtari.....
Di bawah adalah gambar2 sepanjang berlangsungnyer majlis...
Reena
Elynn
Cuya
Danisha
so, dah tau la kan saper jurusolek terkemuka yg make up diorang ni kan?? hu3...
org2 kuat belakang tabir...
berbuka puasa....
Anak-anak kami....
Syafiq rahim
Faris
Amirul
Syafiq S
Aiman
Si comey, Danisha...
Si manis, Cuya...
Si Sopan, Elynn...
Si Cantik, Reena...
Di bawah adalah video2 persembahan anak2 kami ini......
No comments:
Post a Comment