Wednesday, 7 September 2016

KETUPAT RENDANG KOPI O (TV9) - 09/07/2016


Assalamu'alaikum w.b.t....

Diam x diam dah banyak rupernyer citer2 di blog kami.... tima kasih sbb sudi mengikuti setiap citer yg ditulis.... kami sgt2 menghargainyer.... Alhamdulillah, tahun ni banyak sungguh jemputan2 utk mengadakan persembahan dari pelgai pihak.... tak kira bulan puasa mahupun raya.... semua inginkan persembahan dari Havoc Senamtari... tima kasih kerana mempercayai bakat kami...

Nak jadikan citer, pihak TV9 ader membuat jemputan utk Havoc Senamtari pada hari raya ke-4.... disebabkan ramai ahli2 Havoc sedang bercuti raya, maka x ramai la yg dapat join untuk Rancangan Khas sempena hari raya ni iaitu Ketupat Rendang Kopi O.... nasib baik juga pihak TV9 hanya inginkan seramai 4 orang sahaja..... jadinyer, hanya yg beraya di KL sahaja yg terpilih iaitu Ayie, Sha, Syafiq dan Umairah..

Hanya sempat berlatih selama beberapa jam sahaja kerana produksi mahukan step yg digunakan adalah step dari video klip Noraniza Idris sendiri.... nasib baik la hanya 2 lagu yg diminta oleh pihak produksi tersebut dan lagu ni hanya dipasang sekejap jer... sempat la kami berlatih pada malam tersebut.... syukur kerana dipermudahkan semua perkara...

Ramai juga artis2 yg terlibat pada hari tersebut.... antara nyer Noraniza Idris, Mimie One Nation Emcee, Isma AF dan juga Khai Bahar... slot kami adalah slot terakhir sebelum program ini berakhir... bimbang juga kerana biler kuantiti org yg membuat persembahan sedikit, akan menampakkan dgn jelas kesilapan2 kecil... tp biler kiter bersahaja, In Shaa Allah semua itu juga kelihatan bersahaja walaupun degupan jantung kitorang berdegup lebih dari biasa...

Tampil live di kaca TV dan tampil live di hadapan org ramai, adalah dua situasi yg berbeza.... macam kami, dah biasa tampil depan org ramai... terdengar sorakan dan tepukan semangat dari penonton2.... makin bersemangat la kami membuat yg terbaik.... tapi sesekali tampil di kaca TV juga perlu... untuk dilihat seluruh Malaysia dan memperkenalkan lagi Havoc Senamtari.... doakan kami selalu yer... doakan kami terus maju dan sentiasa bersatu....

Dibawah adalah gambar2 sepanjang program tersebut...















Di bawah adalah video2 bagi rancangan tersebut.... selamat menonton...




Sekian....

No comments:

Post a Comment