Tuesday, 29 March 2016

NASI LEMAK KOPI O TV9 (04/03/2016)


Assalamu'alaikum w.b.t...

Disebabkan kami mengikuti Hari Kraf Kebangsaan 2016 tempoh hari, beberapa ahli kami dipanggil untuk membuat persembahan bersama pemain Angklung bagi rancangan Nasi Lemak Kopi O.... Alhamdulillah, mmg rezeki kami untuk sama2 menjayakan rancangan tersebut... lgpun bukan senang untuk meloloskan diri dalam rancangan2 besar di dalam rangkaian TV3 ni...

Bagai mengantuk disorongkan bantal, kami menerima tawaran tersebut dgn rasa gembira... mereka meminta 2 buah lagu untuk diberikan kepada pemain angklung tersebut... Kami bersetuju untuk membawakan lagu Bosannova dan Goyang Dumang.... kata pemain angklung tersebut, beliau pertama kali mendengar lagu goyang dumang tersebut dan agak mencabar diri nyer utk bermain.... katanyer, semalaman berlatih untuk mendapatkan 'rentak' angklung bagi lagu tersebut.... dan Alhamdulillah, beliau dapat bermain dengan baik sekali seiring dgn senamtari yg kami persembahkan... dan katanya, selepas ni beliau bleh mainkan sekali lagi jika ader permintaan dari pihak lain...

Walaupun dah beberapa kali kami muncul di kaca tv secara live, perasaan gugup masih ader dalam diri kami.... biasalah, rancangan live kan?? lagipun kami nervous kerana keluarga dan kawan yg mengetahui, setia berdiri di hadapan tv demi melihat persembahan kami secara live.... kami seboleh2nya tidak mahu sebarang kesilapan berlaku....

Seawal pagi kami sudah bangun kerana rancangan ini bermula pagi... berbanding rancangan Jom Singgah ari tu.... Agak kelam kabut sedikit kali ni kerana seawal pagi sudah berada di TV3 ini utk kami bermekap dan berdandan... untuk tampil di kaca tv, kami perlu mekap lebih pekat dari biasa..... makan dan minum kami telah disediakan oleh pihak Kraf Tangan.... tima kasih Pusat Kraf... :)

Alhamdulillah, semuanya berjalan sempurna tanpa ader cacat dan cela.... Kebetulan pada hari tersebut, penyanyi Black ader bersama untuk ditemuramah bagi rancangan ini... jadinyer, kami berebut2 utk bergambar dengan Black....

Di bawah adalah gambar2 sekitar hari tersebut.....



















Di bawah adalah video rakaman pada hari tersebut.... 








Sekian....


Sunday, 20 March 2016

HARI KRAF KEBANGSAAN (28/02 & 05/03/2016)


Assalamu'alaikum w.b.t....

Masih setia membaca blog kami ker?? hu3.... Alhamdulillah... kami masih cuba memenuhi undangan2 yg diterima... kami cuba pastikan setiap undangan yg kami terima utk persembahan, tenaga dalaman kami berada dalam keadaan baik dan bertenaga.... terkadang ader juga show yg terpaksa ditolak kerana bertindih dengan show2 lain... maafkan kami yer.... kami dah cuba yg terbaik...

Baiklah... untuk makluman semua, Havoc Senamtari telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2016 pada 28/02 dan 05/03/2016 bertempat di Pusat Kraf, Jalan Conlay.... Pada 28/02/2016 tersebut, kami hanya mengiringi band yg membuat persembahan pada hari tersebut.... pelbagai lagu dimainkan oleh band tersebut dan hampir kesemua lagu tersebut diiringi juga dengan persembahan dari Havoc Senamtari...

Pada mulanyer, pengunjung2 hanya berjalan dan membeli-belah sahaja.... tp setelah band dan Havoc Senamtari bergabung membuat persembahan, ader yg sanggup berhenti dari makan dan membeli belah semata2 untuk menyaksikan bersembahan bertenaga dai kami... maklumlah kebanyakan dari mereka membawa anak2 kecil.... anak2 kecil, kan sukakan muzik?? ader juga yg sama2 bersenamtari bersama kami....

Pada 05/03/2016, kami diberi tempoh masa selama 2 jam utk membuat persembahan tanpa henti.... haaaa, pengsan gak la.... ha3.... persembahan kami diselangseli di antara persembahan dari junior dan senior dan sesi karaoke.... Alhamdulillah, aktiviti segalanyer berjalan seperti yg dirancang....  harap2 penganjur dan pengunjung2 berpuashati dgn persembahan kami pada hari tersebut.... Semoga ader rezeki lagi nanti..... Amin3...

Di bawah adalah gambar2 sepanjang majlis ini berlangsung....




























Mohon maaf kerana kami hanya mempunyai video ini sahaja utk tontonan semua..... In Shaa Allah doakan kami ader cameraman sendiri nanti.....:) :)



Tuesday, 15 March 2016

HARI RADIO SEDUNIA (KLFM) - 13/02/2016


Assalamu'alaikum w.b.t...

Masih terdengar2 lagi suara2 Ayie, Linda, As dan Daus yg ditemuramah oleh KLfm pada 13/02/2016 lalu... Beberapa ahli Havoc Senamtari dijemput bagi sesi temubual sempena Hari Radio Sedunia... Beberapa persembahan juga dibuat.... walaupun konti KLfm agak kecil, tapi ia langsung x mengganggu persembahan mereka....

First time, diwawancara secara live mmg sgt2 menguji kerana segala pertanyaan adalah bersahaja dan mereka perlu menjawabnya dengan penuh pengisian... bukan perkara mudah bagi mereka yg menempuh pengalaman ini utk pertama kali.... aper pun, mereka dah memberikan jawapan2 terbaik dan enjoy dengan suasana dalam konti...

Ini merupakan pengalaman berharga buat mereka sebagai langkah persediaan di masa akan datang nanti.... Pihak Havoc Senamtari mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KLfm di atas kesempatan ini....

Di bawah adalah gambar2 sepanjang mereka berada di KLfm...









Video2 sesi temuramah dan persembahan mereka....






Sekian....