Assalamu'alaikum w.b.t....
Seperti yang sedia maklum, penyanyi Atira Rahim adalah antara artis yg sedang meningkat naik dgn single terbarunya, Semesta Hati Yang Hilang.... beliau juga di antara yg mengikuti kelas yg ditubuhkan oleh Havoc Senamtari. Dari situ, kami mengenali beliau...
Sejujurnya beliau adalah artis baru yg berbakat besar dan mempunyai tone suara yg sgt sedap... kalau tak percaya, cuba buka youtube dan lihat saja setiap persembahan beliau... mmg tidak pernah menghampakan.... beliau juga seorang yg merendah diri dan sgt murah dgn senyuman....
Untuk program Teh Tarik 1, beliau dijemput untuk mengadakan persembahan... beliau membawa lagu single terbaru dan lagu Goyang Dumang nyanyian Cita Citata... oleh kerana lagu Goyang Dumang adalah lagu rancak, kami dijemput untuk sama2 mengiringi persembahan beliau bagi memeriahkan lagi persembahan tersebut...
Kami amat2 berterima kasih kepada Atira.... kepada bapa beliau iaitu En. Rahim dan juga pada ibu beliau iaitu ibu Nora di atas kerjasama ini.... Ia sedikit sebanyak membantu Havoc Senamtari mempromosikan lagi kumpulan senamtari ini.... terima kasih banyak2 !!! tanpa kalian, siapa lah kami ini.... hu3
Alhamdulillah, pengalaman manis kami membuat persembahan live di hadapan orang ramai... pengalaman yg akan menjadi di antara kenangan2 manis buat kami... biler kami sama2 berkumpul, ini yg semakin merapatkan hubungan di antara kami dan juga ukhuwah sesama manusia... walaupun dijemput untuk hanya membuat persembahan utk Atira tetapi kami meneruskan juga persembahan untuk artis2 lain juga iaitu Jay Jay, DJ Sonic dan Farawahida.... kerana itu minat kami....
Terima kasih pada keluarga Atira..... tak luper kepada KL Fm.... dan juga pada semua warga Havoc Senamtari atas komitmen yg sangat2 tinggi.... I'm really proud to all of you...
Sekian, terima kasih.
Di bawah adalah video persembahan pada hari tersebut....










No comments:
Post a Comment