
Assalamu'alaikum w.b.t...
Macam dah jadi kewajiban di Mega Star biler setiap kali ader perayaan atau hari2 besar, bos iaitu Abg Manja akan minta untuk buat persembahan.... Sempena tahun baru iaitu tahun 2016, Abg Manja memaklumkan bahawa Havoc Senamtari diberi 2 slot untuk membuat persembahan.... Dua slot yg diberikan bersamaan dengan 4 persembahan diselangselikan dengan persembahan kumpulan2 lain dan juga nyanyian karaoke dari pelanggan yg dtg ke Mega Star...
Disebabkan Havoc Senamtari diberikan perhatian yg tinggi, kami mencari kelainan persembahan kami dari yg biasa.... hampir setiap malam kami memerah otak masing2 untuk mencipta kelainan dan menggabungkan idea2 di antara kami... setelah puas berbincang, kami bersetuju untuk memecahkan kepada 4 kumpulan iaitu Ulik Mayang, Inang, Zumba dan Pentomin....
Kami tau, ramai di kalangan Havoc Senamtari mempunyai bakat menari, menyanyi, berlakon dan lain.... Kami ingin mengetengahkan semua bakat dan kemampuan yg ader dalam diri masing2... pelbagai idea2 bercampur dan menghasilkan persembahan yg di luar jangkaan kami sendiri... Alhamdulillah, semua ahli Havoc Senamtari memberikan komitmen yg sgt2 baik walaupun terpaksa berlatih saban malam demi menjiwai tanggungjawab masing2...Tipulah kata andai kami x berselisih faham tp kami tangani setiap permasalahan itu dgn tenang.... kami juga bernasib baik kerana kami mudah mendapat costume memandangkan salah seorang ahli kami merupakan pekerja Istana Budaya... Ia memudahkan kami utk meminjam costume2 yg cantik2 ini.... Terima kasih, abg nizam atas kesungguhan beliau mendapatkan costume yg kena dgn persembahan kami....
Di bawah, kami sertakan 4 video bagi ke-empat2 persembahan kami... Harap kalian semua terhibur... Rata2 memuji persembahan kami lebih2 lagi bagi pentomin kami yg mengisahkan tentang pembuangan bayi..... Ia benar2 meruntun sanubari setiap pengunjung dgn alunan seruling dan gitar... betul2 menyentuh hati.... kami berpuashati biler ader yg sama2 menitiskan air mata.... itu bermakna, lakonan kami betul2 meninggalkan kesan.... harap2, kami dapat berlakon lg..... Amin n In Sha Allah....
Sekian, terima kasih....
Di bawah adalah video2 persembahan kami pada malam itu.....










No comments:
Post a Comment