
Assalamu'alaikum w.b.t....
Masih setia membaca blog kami ker?? hu3.... Alhamdulillah... kami masih cuba memenuhi undangan2 yg diterima... kami cuba pastikan setiap undangan yg kami terima utk persembahan, tenaga dalaman kami berada dalam keadaan baik dan bertenaga.... terkadang ader juga show yg terpaksa ditolak kerana bertindih dengan show2 lain... maafkan kami yer.... kami dah cuba yg terbaik...
Baiklah... untuk makluman semua, Havoc Senamtari telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2016 pada 28/02 dan 05/03/2016 bertempat di Pusat Kraf, Jalan Conlay.... Pada 28/02/2016 tersebut, kami hanya mengiringi band yg membuat persembahan pada hari tersebut.... pelbagai lagu dimainkan oleh band tersebut dan hampir kesemua lagu tersebut diiringi juga dengan persembahan dari Havoc Senamtari...
Pada mulanyer, pengunjung2 hanya berjalan dan membeli-belah sahaja.... tp setelah band dan Havoc Senamtari bergabung membuat persembahan, ader yg sanggup berhenti dari makan dan membeli belah semata2 untuk menyaksikan bersembahan bertenaga dai kami... maklumlah kebanyakan dari mereka membawa anak2 kecil.... anak2 kecil, kan sukakan muzik?? ader juga yg sama2 bersenamtari bersama kami....
Pada 05/03/2016, kami diberi tempoh masa selama 2 jam utk membuat persembahan tanpa henti.... haaaa, pengsan gak la.... ha3.... persembahan kami diselangseli di antara persembahan dari junior dan senior dan sesi karaoke.... Alhamdulillah, aktiviti segalanyer berjalan seperti yg dirancang.... harap2 penganjur dan pengunjung2 berpuashati dgn persembahan kami pada hari tersebut.... Semoga ader rezeki lagi nanti..... Amin3...
Di bawah adalah gambar2 sepanjang majlis ini berlangsung....
Mohon maaf kerana kami hanya mempunyai video ini sahaja utk tontonan semua..... In Shaa Allah doakan kami ader cameraman sendiri nanti.....:) :)


























No comments:
Post a Comment