
Assalamu'alaikum....
Masih ingat lagi tak kemunculan pertama kami di kaca TV3 bagi rancangan Jom Singgah tahun lepas?? Saat Ayie menerima mssg dari pihak TV3, Allah sajer yg tau perasaan saat kami dimaklumkan untuk membuat persembahan bagi rancangan ini. Semua perasaan bercampur baur.... excited, happy, bangga dan macam2 lagi.... kami mula dapat rasakan bahawa segala penat lelah dan bakat kami mula dihidu oleh orang lain..... Alhamdulillah..
Setelah dimaklumkan, Ayie dan Linda mula membuat pemilihan kerana pihak TV3 hanya mahukan beberapa org penari2 sahaja... Ayie dan Linda bersetuju untuk lebih mengetengahkan bakat anak2 kami iaitu dari Havoc Junior kerana tarikan sebenar Havoc Senamtari adalah dari mereka... Beberapa pemilihan telah dibuat berdasarkan geraktari dan kelapangan mereka pada hari tersebut kerana kebanyakan dari kami adalah pekerja swasta. Makluman awal kepada pihak syarikat perlu dibuat.
Sedikit latihan telah dibuat bagi menyeragamkan pergerakan kami pada hari tersebut.... Kami begitu bersungguh2 kerana ini adalah kali pertama kemunculan kumpulan kami di kaca tv.... dan kami menganggap ini adalah rezeki kami bagi memperkenalkan lagi nama Havoc Senamtari... ye la, bukan senang untuk muncul di stesen tv terbesar ni... dan kami tak nak mensia2kan peluang yg terbuka luas untuk kami...
Saat hari yg ditunggu2, kami keluar agak awal kerana kiter semua sedia maklum bahawa kawasan di Bandar Utama, Damansara mengalami kesesakan lalulintas yg sgt teruk.... ditambah lagi dgn waktu untuk bersolek, jadi kami tiba di Sri Pentas agak awal.... setelah ditunjukkan studio rakaman tersebut, kami mula bersiap dan sedikit terapi diri dan doa dibacakan... ini untuk mengurangkan nervous yg ader dalam diri masing2..... tp sejujurnya kami sgt2 excited lebih2 lagi anak2 kami.... dan syukur Alhamdulillah, akhirnya semua berjalan dengan baik dan teratur.
Kami tak nak tertekan kerana ia sedikit sebanyak akan mencacatkan persembahan kami.... sebab tu, kami lebih zahirkan bahawa kami enjoy dan hanya tersenyum sepanjang persembahan tersebut.... he3.... aper pun, terima kasih kepada TV3 kerana memberi kami peluang besar ini... tak luper pada keluarga kami kerana memahami emosi dan kesuntukan masa kami.... dan yg paling utama adalah pada semua yg menyokong kami dalam memberi kata2 semangat dan sentiasa berada di belakang kami utk menjadi ibu dan ayah kami...
Terima kasih atas setiap doa..... Sekian....
Di bawah adalah video kami pada hari tersebut.... Selamat menonton...








Terbaikkkkk....
ReplyDeletetima kasih... :)
Delete